Preview | Get the Code | BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 14, 2009

Petua Pelajar Cemerlang



Petua Pelajar Cemerlang:

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.

2. Solat fardhu lima waktu sentiasa dijaga.

3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru.

4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar.

5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal.

6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu.

7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get).

8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca.

9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu.

10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah.
Cikgu Nik Zulina.

Sunday, July 12, 2009

IMAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SENTIASA TABAH BERUSAHA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BELAJAR DAN BERLATIH


CIPTA LOGO SURAU

Kepada,
Semua Muslimin dan MuslimatQariah Surau Al FalahJalan 6A, Sek 16 Bdr Baru Bangi.

Assalammu'alaikum wrh wbt.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SURAU AL FALAH

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. AJK Surau Al Falah telah meluluskan kertas kerja untuk mencipta logo baru surau.

3. Sukacita dengan ini tuan/puan adalah dicadangkan untuk mengalakkan cucu-cucu,anak-anak atau tuan/puan sendiri untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Ini adalah cara kami untuk mendapatkan buah fikiran atau hasil kreativiti ahli qariahkita, disamping itu juga hadiah menarik disediakan untuk dimenangi.


4. Logo yang memenangi pertandingan ini akan diguna pakai dalam urusan resmisurau, seperti dicetak pada kepala surat dan sebagainya.

Sekian,

"Qariah Muafakat Membawa Berkat"

Ali Zaini Musa
Setiausaha AJK Tadbir Surau Al Falah

SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG DAN SYARAT PERTANDINGAN

Saturday, July 11, 2009

SALAM BUAT ADIK-ADIK



GOOD LUCK!





Friday, July 10, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE

LAMAN ADIK-ADIK
SURAU AL-FALAH