Preview | Get the Code | BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, July 12, 2009

CIPTA LOGO SURAU

Kepada,
Semua Muslimin dan MuslimatQariah Surau Al FalahJalan 6A, Sek 16 Bdr Baru Bangi.

Assalammu'alaikum wrh wbt.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SURAU AL FALAH

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. AJK Surau Al Falah telah meluluskan kertas kerja untuk mencipta logo baru surau.

3. Sukacita dengan ini tuan/puan adalah dicadangkan untuk mengalakkan cucu-cucu,anak-anak atau tuan/puan sendiri untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Ini adalah cara kami untuk mendapatkan buah fikiran atau hasil kreativiti ahli qariahkita, disamping itu juga hadiah menarik disediakan untuk dimenangi.


4. Logo yang memenangi pertandingan ini akan diguna pakai dalam urusan resmisurau, seperti dicetak pada kepala surat dan sebagainya.

Sekian,

"Qariah Muafakat Membawa Berkat"

Ali Zaini Musa
Setiausaha AJK Tadbir Surau Al Falah

SILA KLIK DI SINI UNTUK BORANG DAN SYARAT PERTANDINGAN

0 comments: